Posts

Showing posts from December, 2018

KENANGAN DI MATRIKULASI

Image
Dalam banyak-banyak kenangan, kenangan yang paling saya rasai sehingga sekarang selepas kenangan di bangku sekolah ialah kenangan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai memori yang tercipta di Matrikulasi. Antara kenangan yang tercipta ialah bonding diantara praktikum dan pensyarah amat kuat. Kami tiap petang akan bermain bola tampar dan bola jaring dengan pensyarah-pensyarah kami. Jika tidak bola tampar dan bola jaring, kami akan mengayuh basikal bersiar di sekitar kolej.  Selain itu, kami akan meluangkan waktu bersama-sama untuk mengulangkaji bersama-sama di dalam bilik seminar di dalam perpustakaan. Kami juga pernah ke pantai bersama-sama selepas melakukan kerja lapangan di Port Dickson.

FINAL NASYID

Image
Pada 19 Disember 2019, citra kebudayaan telah melakukan ujian final bagi setiap citra yang di bawah citra kebudayaan. Seperti saya, saya ialah citra nasyid. Jadi di ujian final, kami telah menyanyikan lagu Hajat versi islamik. Ujian berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Setiap citra di dalam citra kebudayaan di beri masa selama 20 minit untuk menyembahkan persembahan mereka.

LATIHAN BOLA TAMPAR

Bola tampar ialah sukan yang dapat menguatkan tangan dan juga kaki. Kami sebagai pelatih suksis, setiap hari isnin dan rabu petang dari pkul 5:00 pm hingga 7:00 pm kami akan bersama-sama bermain bola tampar bersama skuad inter dan senior. Dengan adanya aktiviti ini, kami dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara skuad-skuad inter dan senior. Bola tampar ialah sukan kegemaran saya yang saya minati dari saya berumur 10 tahun. Alhamdulillah dengan adanya asas-asas dalam sukan bola tampar ini saya dapat mewakili sekolah dalam pertandingan bola tampar antara sekolah dan daerah. Majulah sukan untuk negara!!

SISWA MERDEKA

Image
Pada 18 November 2018, UKM telah menganjurkan program Forum Siswa Merdeka. Pada pendapat saya, kesatuan pelajar ialah salah satu “platform” ataupun pentas bagi mahasiswa menyuarakan pendapat mereka ataupun menegakkan hak bagi seorang mahasiswa. Selain itu, ianya juga adalah bagi melahirkan graduan universiti yang matang, berdikari dan bersedia untuk menghadapi perubahan.  Pada pandangan peribadi saya, Kelebihan kesatuan pelajar : a)       Dapat mendidik dan melahirkan graduan universiti yang pandai berdikari dan matang serta boleh menghadapi perubahan yang bakal ditempuhi pada masa hadapan. b)       Dapat memberikan peluang kepada mahasiswa menyuarakan pendapat serta hak sebagai seorang mahasiswa. c)       Melahirkan mahasiswa universiti yang pandai mengendalikan aktiviti-aktiviti kolej mahupun aktiviti-aktiviti dalam universiti dan luar universiti.

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT SUKSIS UKM

Image
Menjelang minggu ke 14, setiap mahasiswa dan mahasiswi di setiap Universiti bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Pada tahun ini buat pertama kali saya bergelar mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia selepas menamatkan pembelajar dalam kursus perakaunan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan pada sem ini ialah sem 1 saya bakal menduduki peperiksaan akhir sem 1. Dengan itu, pada 20 September 2018, SUKSIS telah mengadakan bacaan yassin dan solat hajat bagi pelatih SUKSIS yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester pada 31 Disember 2018. Program ini telah diadakan di Pusat Kesatria UKM dan dihadiri oleh pegawai, jururlatih dan pelath-pelatih Kor SUKSIS UKM. Tujuan program ini diadakan bagi memudahkan para pelatih dan mahasiswa mahasiswi UKM dipermudahkan urusan dalam menjawab peperiksaan akhir semester. SELAMAT MAJU JAYA SEMUA!!!                                       ...

SUKEM UKM

Image
Pada 5 Disember 2018, UKM telah mengadakan penutupan SUKEM iaitu sukan antara kolej-kolej di dalam UKM. Program bermula pada pukul 8:00 pm dan berakhir pada pukul 22:30 pm. Pada hari tersebut acara yang dipertandingkan ialah perbarisan. Acara perbarisan tersebut dimenangi oleh Kolej Keris Mas. Manakala pemenang keseluruhan SUKEM ialah Kolej Aminuddin Baki. Di dalam program ini apa yang dapat kita perolehi ialah semangat kerjasama antara pasukan untuk memperoleh kemenangan sebagai juara. Terima Kasih

ISU KEMANUSIAAN DI BUMI PALESTIN

Image
 Pada 12 Disember 2018, Subjek Perbandingan Falsafah telah menganjurkan satu program dimana program itu diberi nama : Isu Kemanusiaan di Bumi Palestin" di mana pada malam itu terdapat 3 panel yang memberikan ceramah berkenaan Isu Kemanusiaan di Bumi Palestin. Panel-panel tersebut ialah Pn. Norsham dari organisasi MyCare yang dulu diberi nama Aqsa Syarif  tetapi pada tahun 2014 nama Aqsa Syarif ditukar kepada MyCare kerana dahulu Aqsa Syarif di tubuhkan untuk membantu membantu Palestine tetapi apabila sudah lama ditubuhkan Aqsa Syarif tidah sahaja membantu Palestin tetapi juga Syria dan sebagainya dan ditukarkan kepada MyCare.Panel yang kedua ialah Saudara  Bro Ann Siang juga dari organisasi MyCare dan akhir sekali Saudara Vimalan V. Thangarajah dari organisasi Small Changes. Di dalam program ini mereka mengupaskan tentang isu-isu yang berlaku diantara Palestin dan Israel. Dan disini mereka menceritakan juga detik-detik ketika mereka menjadi sukarelawan di bumi Palestin. ...

GOODLUCK FINAL!

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.      Minggu ini, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia telah memasuki sesi pembelajaran minggu yang ke 14, dimana minggu terakhir sesi pembelajaran sebelum bermulanya "study weeks" dan akhirnya menduduki peperiksaan final sem 1. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menduduki peperiksaan final sem 1. Baca doa dulu sebelum jawab. Goodluck guys!!💓😉

PERBARISAN HARI MALAYSIA PERINGKAT UKM

Image
          Perayaan Hari Malaysia bukan sahaja berjaya menanamkan semangat perpaduan tetapi juga menyemarakkan rasa cinta kepada negara atau semangat nasionalisme.Pada 21 September 2018, UKM telah menganjurkan program Perbarisan Hari Malaysia dimana semasa program itu telah berlangsung pertandingan perbarisan antara kolej-kolej di UKM.  Tema pada tahun ini yang digunakan pada Perbarisan Hari Malaysia UKM adalah “Sayangi Malaysiaku". Program itu dapat memberikan banyak kebaikan/faedah. Antaranya ialah, dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan perpaduan anatara kaum di antara mahasiswa dan mahasiswi di UKM. Selain itu, program itu dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mahasiswa dan mahasisiwi UKM akan budaya-budaya yang diamalkan oleh kaum-kaum di Malaysia melalui pemakaian dan tarian mereka.                

GENIUS DUIT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Nama Program : Program Genius Duit                                AnjuranYayasan Pahang Tarikh                 : 20 September 2018 Masa                   : 8:00 pagi – 1:00 petang Tempat               : Dewan Kampo Pusat Belia                                Antarabangsa,                                   Bandar Tun Razak,                                Cheras, Kuala Lumpur                           Program ini adalah be...

SYARAHAN CANSELOR TUANKU MUHRIZ KE 3

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera,     Pada 3 Disember 2018 jatuh pada hari Isnin telah berlangsung Syarahan Canselor Tuanku Muhriz ke 3 di DECTAR UKM. Program ini disempurnakan oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM dan ceramah yang bertajuk "Whither The Rule of Law?" disampaikan oleh The Rt. Hon. Lord Thomas of Cwmgiedd.      Ketibaan D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada jam 11 pagi dengan diiringi lagu kebesaran Negeri Sembilan. Pada jam 11.30 ceramah bermula.             Antara maklumat-maklumat penting yang disampaikan ialah Ciri-ciri utama peraturan undang-undang ialah eksekutif kerajaan perlu diperintah oleh undang-undang dan tertakluk kepadanya. Peraturan undang-undang memerlukan pematuhan dengan pelaksanaan undang-undang yang menjadi undang-undang d...

Hari Usahawan Muda KMNS (HARUM) 2018

Image
Hai. Assalaimualaikum dan selamat sejahtera. HARUM ialah singkatan bagi program Hari Usahawan Muda yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) pada bulan 2, 2018.  Program ini adalah bagi pelajar yang menyambung kursus perakaunan dia Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Program ini adalah bagi membantu dan menambahkan ilmu bagi pelajar-pelahar perakaunana cara-cara untuk berniaga/ menjadi usahawan. Kami dikehendaki meniaga tidak kira makanan atau barang atau perkhidmatan. Ada yang meniaga "corn cup", takoyaki, nasi tomato, char kueh teow, perkhidmatan lagu, dan lain-lain.

UKM 6TH ASEAN ART FESTIVAL 2018

Image
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Pada 1 Disember 2018, UKM telah menganjurkan 6th Asean Art Festival dimana negara yang terlibat untuk muntuk membuat persembahan ialah 7/8 negara Asean iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Filipina dan Vietnam . Selain dari 7 negara tersebut, Korea Selatan dijemput khas untuk membuat persembahan. Setiap negara mempersembahkan tarian kebudayaan yang mencirikan negara mereka sendiri. Apa yang kita dapat dari program tersebut ialah kita dapat lebih mengenali budaya-budaya dari negara-negara Asean tersebut. Seperti Malaysia, pada malam tersebut Malaysia telah mempersembahkan tarian budaya dari sabah sarawak seperti tarian ngajat dan lain-lain dan dari situ kita dapat mengenali budaya-budaya yang terdapat di Malaysia. Harap UKM akan terus menganjurkan program-program seperti ini pada masa akan datang. Terima kasih❤️.