KEHIDUPAN DI MATRIKULASI (KMNS)

  Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
   
  Betullah cakap orang kehidupan di Matrikulasi lain daripada apa yang kita fikirkan dan kita akan merinduinya selepas kita tamat pembelajaran di Matrikulasi. Sekarang saya sedang alaminya. Okey, orang lain semua kata yang kalau masuk Matrikulasi mesti stresslah, susah nak bawaklah, untuk orang yang pandai jelah.

  Sejujurnyalah, masuk matrik tidaklah stress bagi siapa yang ambil program perakaunan tapi kalau siapa yang ambil subjek sains memang stress lah jawabnya. Macam saya dekat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS), rakan-rakan sebilik saya, kita orang semua ada 4 orang 1 bilik dan semua ambil program sains kecuali saya. Kalau tengok dia orang kita yang akan stress hahaha.  Diorang akan duduk dekat bilik sekejap je kadang-kadang dia orang balik untuk mandi, sembahyang dan keluar balik sebab dia orang ada kelas. Kelas dia orang serius padat. Pernah 1 masa saya tidur sorang-sorang sebab diorang ada banyak tugasan @ assignments kena siapkan jadi dia orang kena tidur bilik kawan dia orang yang dekat dengan dewan kuliah. Macam dekat KMNS, blok yang dekat dengan dewan kuliah adalah blok A dan blok yang paling jauh adalah blok C. Yup, betul kami blok C.

  Seterusnya, ramai yang kata pelajar-pelajar yang masuk Matrikulasi ini semua pelajar yang pandai-pandai. Okey sejujurnya tidak betul, ada je yang masuk matrik dengan keputusan spm 2A,3A dan seterusnya. Dia bergantung juga pada subjek matematik tambahan. Nak masuk matrik, kita kena ambil subjek matematik tambahan semasa SPM. Kalau keputusan matematik tambahan masa SPM lulus, dan subjek yang lain macam pelajar akaun, subjek akaun,ekonomi dan matematik lulus In Syaa Allah dapat tawaran untuk memasuki Matrikulasi.

  Akhir sekali, bagi sesiapa yang rasa takut tidak boleh bawak subjek-subjek di Matrikulasi sebenarnya jangan risau sebab kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah di Matrikulasi akan mengajar kita sampai kita faham. Macam pensyarah Perakaunan saya, Puan Ruzita, teknik beliau mengajar boleh dikatakan macam kami pelajar sekolah tapi serius sebab cara beliau mengajar saya boleh bawak subjek akaun di Matrikulasi. Dalam kuliah, beliau akan suruh kita berdiri untuk ingat balik apa yang kita belajar tempoh hari. Beliau akan tanya soalan, siapa yang dapat jawab boleh duduk, tetapi siapa yang tak dapat dia suruh duduk juga tapi lepas semua soalan yang dia tanya habis hahaha. Tentang kawan pula, jangan risau mereka tidak kedekut ilmu, dan merekalah kawan terbaik yang pernah saya ada.

Terima Kasih





  

Comments

Popular posts from this blog

ANGKAT SUMPAH KOR SUKSIS

KENANGAN DI MATRIKULASI