SYARAHAN CANSELOR TUANKU MUHRIZ KE 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
    Pada 3 Disember 2018 jatuh pada hari Isnin telah berlangsung Syarahan Canselor Tuanku Muhriz ke 3 di DECTAR UKM. Program ini disempurnakan oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM dan ceramah yang bertajuk "Whither The Rule of Law?" disampaikan oleh The Rt. Hon. Lord Thomas of Cwmgiedd.

     Ketibaan D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada jam 11 pagi dengan diiringi lagu kebesaran Negeri Sembilan. Pada jam 11.30 ceramah bermula. 
    
      Antara maklumat-maklumat penting yang disampaikan ialah Ciri-ciri utama peraturan undang-undang ialah eksekutif kerajaan perlu diperintah oleh undang-undang dan tertakluk kepadanya. Peraturan undang-undang memerlukan pematuhan dengan pelaksanaan undang-undang yang menjadi undang-undang dalam proses demokrasi. Selain itu, Tonggak peraturan undang-undang adalah bukan dari badan kehakiman dan hubungan saling bergantung dengan Kerajaan Eksekutif.

 Terima Kasih




Comments

Popular posts from this blog

KEHIDUPAN DI MATRIKULASI (KMNS)

ANGKAT SUMPAH KOR SUKSIS

KENANGAN DI MATRIKULASI