GENIUS DUIT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nama Program : Program Genius Duit
                               AnjuranYayasan Pahang
Tarikh                 : 20 September 2018
Masa                   : 8:00 pagi – 1:00 petang
Tempat               : Dewan Kampo Pusat Belia
                               Antarabangsa,   
                               Bandar Tun Razak,
                               Cheras, Kuala Lumpur
                         
Program ini adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada golongan muda cara-cara menyimpan dandan menggunakan wang. Disini saya senaraikan namanpenceramah dan maklumat yang disampaikan :

1) PUAN NORAKMA YAAKOB

   Puan Norakma Yaakob memberi taklimat dengan memulakan slogan “ Jimat ketika sikit, cermat ketika banyak”. Di dalam taklimat yang diberikan, beliau mengatakan bahawa 60,390 di bawah umur 40 tahun telah dicatatkan mengalami kebankrapan dalam tempoh 5 tahun ini sekali gus membuatkan belia menyumbang 60% daripada jumlah keseluruhan 100,610 kebankrapan mengikut golongan umur. Ianya adalah disebabkan oleh sikap belia itu sendiri yang tidak membuat perancangan kewangan. Beliau megupas isu-isu terkini berkaitan dengan tema program. Antaranya tajuk-tajuk yang dikupas ialah “University student scammed of BB1M vouchers worth RM30,000” and “Young Malaysian lacking in financial knowledge, need to start investing”.
   Selain itu,beliau mengatakan sebab- sebab berlakunya kebankrapan, yang pertama ialah kenderaan(26%), peribadi(26%), perumahan(17%), perniagaan(10%), kad kredit(9%), dan lain-lain(12%). Sebab-sebab berlakunya keberhutangan pula ialah lemah pengurusan kewangan(41%), kos sara hidup(26%), cabaran perniagaan(14%), hilang pekerjaan(9%), kesihatan(8%) dan lain-lain(2%).
   Akhir sekali, beliau memberikan taklimat berkaitan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan(AKPK). AKPK ditibuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada April 2016 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.


2) PROF. MADYA DR. MOHAMAD FAZLI SABRI

   Prof. Madya Dr.Mohamad Fazli Sabri memulakan taklimat beliau yang bertajuk “Cabaran Kewangan Belia”. Pada masa kini gaya hidup pengguna moden telah banyak berubah berbanding pada masa dulu. Antara realiti gaya hidup pengguna moden pada masa kini yang disampaikan oleh beliau ialah pembaziran, hiburan, iklan, jenama, boros, dan lain-lain. Beliau juga mengatakan sebab utama mengapa pelajar mengalami kesempitan wang adalah disebabkan pembayaran semula Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN).
   Selain itu,beliau mengatakan bahawa sesetengah masyarakat memfokuskan hanya pada perkara yang dilakukan pada masa sekarang dan tidak menghiraukan perkara yang akan dilakukan pada masa akan datang. Oleh kerana itu, ada sesetengah masyarakat menghabiskan wang pada masa kini dan tidak menghiraukan apa kesan yang akan dihadapi pada masa akan datang.

 
3) ENCIK FAIZUL RIZWAN

   Encik Faizul Rizwan memberi taklimat mengenai kehidupan beliau bagaimana beliau boleh menjadi pelabur yang berjaya dalam bidang hartanah. Beliau menceritakan pada umur beliau 14 tahun,beliau sudah mula bekerja di syarikat cuci kereta BMW. Beliau dapat menyambung pembelajaran di University Malaya dalam bidang Software Engineering. Beliau bertukar arah daripada di dalam bidang software engineering kepada bidang hartanah adalah kerana jasa pensyarah beliau sendiri yang mengajar subjek Financial Planing 1o1. Pensyarah beliau selalu mengingatkan bahawa “bila dah habis belajar jangan beli kereta dulu tapi beli rumah dulu”.
   Selain itu, pekerjaan pertama beliau selepas habis belajar ialah menjadi “Software Engineer” yang bergaji RM600 sebulan. Selepas 9 bulan, beliau dinaikkan pangkat dan mendapat gaji sebanyak RM2,300 sebulan. Ayat yang selalu dikatakan oleh Encik Faizul Rizwan ialah “Kejar ilmu dulu, jangan kejar gaji”. Seterusnya beliau berhenti bekerja dalam bidang software engineer dan bekerja sebagai seorang penjual dengan gaji asas RM0. Dari situ beliau dapat menambah baik cara beliau bercakap dan berbahasa dalam Bahasa Inggeris. Beliau ingin menambahkan ilmu lagi tentang kewangan, beliau berhenti kerja sebagai penjual dan bekerja di bank dengan gaji sebanyak RM2,500. Selepas beberapa tahun, beliau di tawarkan untuk menjadi “Business Development Specialist” termuda untuk syarikat daripada Amerika Syarikat. Ini adalah pekerjaan terakhir beliau dengan gaji sebanyak RM18,000.
   Akhir sekali, beliau kekal bekerja sebagai pelabur hartanah dan memiliki rumah sebanyak 55 buah rumah.

Sekian Terima Kasih.


Comments

Popular posts from this blog

KEHIDUPAN DI MATRIKULASI (KMNS)

ANGKAT SUMPAH KOR SUKSIS

KENANGAN DI MATRIKULASI