PERTAMA KALI

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

    Hari ini, saya ingin menceritakan tentang pengalaman "pertama kali" saya. Okey, memandangkan saya baru menyambung pelajaran saya dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ini adalah pertama kalinya saya belajar atau tinggal di luar Negeri Sembilan. Sebelum saya melanjutkan pelajaran di UKM, saya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Saya sejenis anak yang susah berenggang dengan ibu ayah🤣. Selepas tamat SPM, saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajara ke  UITM Raub, Pahang dalam Diploma Statistik tetapi disebabkan Raub dengan Negeri Sembilan jauh, saya sanggup tolak dan terima tawaran matrikulasi🤣( kemudian hari menyesal hahaha ). Dekat UKM ini banyak pengalaman pertama kali saya. Antaranya ialah pertama kali naik KTM seorang diri tanpa kawan atau keluarga. Selalunya mesti kena ada orang teman tetapi bila fikir balik kita dah besar jadi kenalah berdikari sendiri. Terima Kasih banyak-banyak kepada UKM mengajar saya untuk berdikari🙆. Selain itu, di UKM ini jugalah saya disuruh menyanyi depan orang ramai buat kali pertama. Saya ambil Citra Nasyid, jadi dalam kelas yang pertama, "Cikgu Isz" akan suruh setiap pelajar menyanyi (okey masa ni memang cuak hahaha) untuk test vokal jadi kita pun menyanyilah. Alhamdulillah suara bagi kerjasama😂. Okey ini sahaja cerita saya buat kali ini Jumpa lagi!!

Terima Kasih kerana membaca💗


Comments

Popular posts from this blog

KEHIDUPAN DI MATRIKULASI (KMNS)

ANGKAT SUMPAH KOR SUKSIS

KENANGAN DI MATRIKULASI