PERASAAN APABILA DAPAT DITAWARKAN UNTUK MEMASUKI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



 Bak kata pepatah "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya", Alhamdulillah selepas berusaha keras di bangku sekolah dan di matrikulasi, akhirnya salah satu matlamat saya iaitu untuk memasuk Universiti Kebangsaan Malaysia tercapai juga.

 Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada pihak UKM kerana telah menawarkan saya untuk memasuki ke salah satu universiti yang terkemuka di rantau ini iaitu UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Ini adalah salah satu kejayaan yang saya rasa amat bermakna kepada saya kerana bukan senang untuk memasuki universiti yang di mana universiti ini menjadi sasaran kepada ramai pemuda pemudi yang ingin menyambung pelajaran mereka keperingkat yang lebih tinggi.

 Di universiti ini saya menyambung ijazah saya dalam program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian dalam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Saya mengambil program ini untuk memudahkan saya mencapai cita-cita saya iaitu ingin menjadi pengurus kewangan. 

   Akhir kata, terima kasih kepada pihak ukm dan terima kasih kepada ibu bapa dan kawan2 yang sentiasa menyokong saya sehingga sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

KEHIDUPAN DI MATRIKULASI (KMNS)

ANGKAT SUMPAH KOR SUKSIS

KENANGAN DI MATRIKULASI