Posts

Showing posts from September, 2018

KEHIDUPAN DI MATRIKULASI (KMNS)

Image
  Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,       Betullah cakap orang kehidupan di Matrikulasi lain daripada apa yang kita fikirkan dan kita akan merinduinya selepas kita tamat pembelajaran di Matrikulasi. Sekarang saya sedang alaminya. Okey, orang lain semua kata yang kalau masuk Matrikulasi mesti stresslah, susah nak bawaklah, untuk orang yang pandai jelah.   Sejujurnyalah, masuk matrik tidaklah stress bagi siapa yang ambil program perakaunan tapi kalau siapa yang ambil subjek sains memang stress lah jawabnya. Macam saya dekat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS), rakan-rakan sebilik saya, kita orang semua ada 4 orang 1 bilik dan semua ambil program sains kecuali saya. Kalau tengok dia orang kita yang akan stress hahaha.  Diorang akan duduk dekat bilik sekejap je kadang-kadang dia orang balik untuk mandi, sembahyang dan keluar balik sebab dia orang ada kelas. Kelas dia orang serius padat. Pernah 1 masa saya tidur sorang-sorang sebab diorang ada bany...

MATLAMAT SEBAGAI SEORANG MAHASISWA DAN IMPIAN

Assalamualaikum dan Hai semua, Hari ini saya ingin berkongsi tentang matlamat saya sebagai seorang mahasiswa dan impian saya.Matlamat saya sebagai seorang mahasiswa ialah semua pelajar akan ada matlamat ini iaitu ingin membahagiakan ibu bapa dengan keputusan yang baik dan cemerlang. saya juga ingin mendapatkan dekan untuk setiap sem. Ini memang sudah menjadi "target" untuk setiap yang bergelar pelajar. Saya juga ingin mengubah  diri saya untuk menjadi seorang yang berani dan berkeyakinan diri. Impian saya ialah untuk menjadi pengurus kewangan. Jika tidak tercapai, saya akan teruskan dengan impian kedua saya iaitu ingin mejadi pegawai polis. TERIMA KASIH  

BIODATA

NAMA : NURUL UMAIRAH BINTI A.HALIM UMUR : 19 TAHUN TARIKH LAHIR : 24/05/1999 TEMPAT TINGGAL : SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN KURSUS :  IJAZAH SARJANAMUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN                     DENGAN KEPUJIAN

PERASAAN APABILA DAPAT DITAWARKAN UNTUK MEMASUKI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  Bak kata pepatah "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya", Alhamdulillah selepas berusaha keras di bangku sekolah dan di matrikulasi, akhirnya salah satu matlamat saya iaitu untuk memasuk Universiti Kebangsaan Malaysia tercapai juga.  Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada pihak UKM kerana telah menawarkan saya untuk memasuki ke salah satu universiti yang terkemuka di rantau ini iaitu UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Ini adalah salah satu kejayaan yang saya rasa amat bermakna kepada saya kerana bukan senang untuk memasuki universiti yang di mana universiti ini menjadi sasaran kepada ramai pemuda pemudi yang ingin menyambung pelajaran mereka keperingkat yang lebih tinggi.  Di universiti ini saya menyambung ijazah saya dalam program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian dalam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Saya mengambil program ini untuk memudahkan saya mencapai cita-cita s...