Posts

Showing posts from November, 2018

PENGALAMAN SEBAGAI MAHASISWA PERINGKAT IJAZAH DI IPTA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pertama sekali yang terlintas difikiran saya adalah dapatkah saya bertahan untuk melalui liku-liku perjalanan sebagai seorang mahasiswa peringkat ijazah di ipta. Alhamdulillah setakat kini semuanya berjalan dengan lancar. Dapat kawan dan roommate yang dapat membantu kita ketika mengalami masalah pembelajaran. Selain itu, apa yang di ajar oleh pensyarah dapat "dihadam" dengan baik. Selain itu, kokurikulum yang ada di ipta amatlah membantu untuk menjadi seorang pelajar yang aktif dari segi kokurikulum dan berdisiplin. Akhir sekali, makanan di sini mempunyai harga yang harga yang berpatutan bagi seorang pelajar dan sedap.Doakan kejayaan kami disini.Terima kasih🙆❤️.

CERAMAH MAULIDUR RASUL

Image
Pada 22 November, saya telah mengikuti Ceramah Maulidur Rasul IPD Kajang di IPD Kajang, Selangor. Ceramah disampaikan oleh YBHG Sahibus Samahah Dato' Seri Dr Zulkifli Bin Mohamad (Mufti Wilayah Persekutuan). Ceramah yang disampaikan bertajuk "Wasiat Rasulullah SAW" Didalam ceramah yang disampaikan YBHG Sahibus Samahah Dato' Seri Dr Zulkifli Bin Mohamad ada menceritakan tentang seorang pengemis dan sepasang suami isteri dan menceritakan tentang wasiat-wasiat Rasulullah SAW. Sejurus habis sesi ceramah. Jamuan makan diadakan dan bersurai.

Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki

Image
Pada 12-15 November 2018 Kolej Aminuddin Baki (KAB),UKM telah mengadakan Minggu Keusahawanan yang dimana peniaga-peniaga yang berniaga adalah terdiri daripada pelajar UKM yang menetap di kolej tersebut yg dibahagi mengikut biro masing-masing seperti saya,saya dari biro keselamatan KAB. Pada hari-hari tersebut kami Biro Keselamatan KAB berniaga sosej telur,nasi bujang dan donut.Jika biro-biro lain ada yang menjual takoyaki,oden,nasi lemak,yong tau fu dan macam-macam. Pada hari terakhir iaitu 15 November 2018, majlis penutupan Minggu Keusahawan KAB di sempurnakan oleh pengetua KAB.

ANGKAT SUMPAH KOR SUKSIS

Image
Assalamualaikum dan Haiđź‘‹, Pada 19 Oktober 2018, kami skuad 14 kor suksis UKM telah menghadiri sesi angkat sumpah bagi pelatih baru 2018. Kami mengangkat sumpah sebagai pelatih baru kor suksis di Ibu Pejabat Polis Selangor dan di sempurnakan oleh ketua polis negeri Selangor. Program angkat sumpah ini juga di hadiri daripada pelatih baru kor suksis ukm dari UITM Shah Alam, UIA, UPM dan UKM.

KEM INTERAKSI SUKSIS 2018/2019

Image
Pada 26 hingga 28 November pihak suksis telah mengadakan Kem Interaksi Pelatih Baru 2018/2019 di Hutan Lipur Kuala Woh, Perak. Kami bergerak dari UKM ke Hutan Lipur Kuala Woh pada pukul 3 petang dan sampai di destinasi yang dituju pada pukul 6.30 petang. Hari pertama di Hutan Lipur Kuala Woh: Sesampai di Kuala Woh kami m endirikan khemah masing-masing.Pada malamnya,program beramah mesra bersama pelatih-pelatih suksis yang baru dan yang lama iaitu skuad 12 dan 13. Hari kedua di Hutan Lipur Kuala Woh: Kami bangun pada pkul 4.30 am kerana pkul 5.30 am semua dikehendaki berada di surau untuk solat subuh berjemaah bersama-sama.pkul 6.30 am program physical training (senaman) dimulakan. Pada pkul 8.30 am kami makan pagi. Kami memulakan program sesi bersama alumni suksis dari skuad 1 hingga skuad 10 pada pukul 9 am. Pukul 10 am program explore dimulakan dan dan habis pada pukul 1 pm. Di belah petang pada pukul 2.30 pm kami telah menghadirkan diri di program riadah petang bersama-sam...

CANVA

Image
Canva : quotes about life

BONDING BIRO KESELAMATAN (KOLEJ AMINUDDIN BAKI)

Image
Hai, Assalamualaikum. Pada 21 Oktober 2018, saya telah mengikuti bonding bersama ahli Biro Keselamatan Kolej Aminuddin Baki di Blue Lagoon,Port Dickson.  Kami bergerak ke Blue Lagoon dari UKM pada pukul 8.30 am dengan menaiki kereta dan berhenti sarapan di warung berdekatan. Pkul 9.30 am, kami meneruskan perjalan kami ke Blue Lagoon. Tepat pukul 10.30 am kami tiba di Blue Lagoon dan ketika itu hujan gerimis menemani kami.Tidak lama selepas itu, hujan mula reda. Kami memulakan program kami dengan bacaan doa dan meneruskan dengan bermain permainan. Permainan yang kami adakan ialah futsal, galah panjang, truth and dare dan lain-lain. Tepat 12.00 tengahari kami memulakan barbeque kami. Masuk zohor, kami solat berjemaah bersama-sama. Seusai zohor kami mulakan mainan pantai. Tepat pkul 5.00 kami gerak pulang ke ukm. Inilah memori bersama mereka yang tidak akan dapat dilupakan🙆❤️